[SPM] Isi untuk karangan tentang COVID19 dimensi negara

Any idea on the good points to write for this karangan on COVID19? :pray:

1 Like

SPM Karangan Covid-19 dimensi negara

  1. Penularan wabak Coronavirus secara global telah menggegarkan satu dunia dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial di setiap negara selain menyebabkan kehilangan ribuan nyawa manusia.

Huraikan bentuk-bentuk kerjasama antara negara di dunia dalam usaha menangani isu-isu pendamik Coronavirus.

Antara bentuk kerjasama yang saya boleh fikirkan ialah:

1) Akademia - Penyelidikan
Kerjasama antara universiti atau institusi perubatan di negara kita dengan universiti yang termasyhur di seantero jagatraya dalam bidang penyelidikan, terutamanya kajian terhadap epidemiologi, vaksin dan perubatan merupakan strategi yang efektif dalam menangani pandemik COVID-19.

2) Kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan
Kerajaan Malaysia perlu menetapkan sekatan perjalanan ke negara lain yang mengalami penularan wabak Coronavirus yang sangat serius seperti India untuk mencegah varian baharu seperti Delta daripada kes import ke Malaysia, persis pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”. Setiap negara juga perlu menetapkan kuarantin mandatori selama 14 hair untuk mengenal pasti pelawat yang mempunyai simptom-simptom awal. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

3) Kerjasama dalam bentuk kewangan dan kemudahan perubatan
Negara yang sudah berjaya mengawal penularan wabak Coronavirus seperti New Zealand boleh menyertai komitmen untuk mendermakan alat perubatan seperti alat bantuan pernafasan, penutup muka ataupun vaksin ke negara miskin yang diancam oleh wabak penyakit ini bagai telur di hujung tanduk.

4) Kerjasama antara negara untuk membawa pulang rakyat yang terkandas di negara lain
Melalui penggunaan kapal terbang rasmi kerajaan dengan SOP yang ketat untuk meminimumkan risiko kes import.

Frasa menarik yang boleh digunakan dalam karangan ialah:

  • Jika setiap negara bersifat individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, wabak penyakit ini akan bertambah serius dengan kewujudan varian baru yang akan mengancam kelangsungan kehidupan jagatraya.
  • Kerjasama dan sinergi antara pelbagai negara adalah mustahak untuk mengatasi cabaran ini kerana ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

I hope you find this helpful :slight_smile:

2 Likes