BIO F4 C2
-
Kenapa sel adalah unit kehidupan?
-
Bagaimanakah dinding sel dapat mengekalkan bentuk sel tumbuhan?
-
Bagaimanakah membran plasma mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel?
-
Kenapa sel memerlukan sitoplasma?
-
Ramalkan apa yang berlaku jika sel tidak mempunyai nukleus.
-
Jadualkan persaman dan perbezaan JEK dan JEL.
-
Apakah kelebihan membran dalam yang berlipat-lipat yang terdapat pada mitokondria?
-
Apa perbezaan jasad Golgi dan ribosom?
-
Bagaimanakah lisosom menghidrolisis molekul organik kompleks?
-
Nyatakan struktur yang terdapat dalam kloroplas.
-
Dimanakah terletaknya klorofil pada struktur kloroplas?
-
Apa perbezaan vakuol dengan sitoplasma?
-
Kenapa organisma unisel dikatakan sebagai satu unit hidup yang lengkap?
-
Jadualkan perbezaan proses hidup Amoeba sp. dan Paramecium sp.
-
Nyatakan dengan ringkas, perbezaan dan persamaan 6 jenis sel utama dalam manusia.
-
Adakah stoma sejenis sel? Terangkan.
-
Jika sel membentuk tisu, apakah yang membentuk sel?
-
Jadualkan perbezaan tiga jenis tisu otot berdasarkan fungsi, kedudukan, jenis pergerakan.
-
Jadualkan dua jenis tisu penghubung bergentian dan fungsinya.
-
Bagaimanakah tisu saraf mengkoordinasi aktiviti badan?
-
Nyatakan dengan ringkas, fungsi tisu epidermis, tisu vaskular dan tisu meristem.
-
Senaraikan jenis tisu yang membentuk organ :
(a) mata
(b) pankreas