Fizik bab 4 tingkatan 4

Fenomena manakah menunjukkan kegunaan muatan haba tentu dalam kehidupan seharian
A mengukus kek
B menuang minuman kopi daripada alat pembancuh kopi
C menyejukkan minuman teh
D menyejukkan enjin kereta

Hai Farag,
Jawapan bagi soalan ini ialah D. Penerangannya adalah seperti yang berikut:
Air digunakan untuk menyejukkan enjin kereta.
Air digunakan sebagai ejen penyejuk dalam sistem penyejukan kereta kerana muatan haba tentunya yang tinggi, maksudnya air boleh menyerap sejumlah besar haba tanpa peningkatan suhu yang tinggi. Air dipam melalui saluran dalam blok enjin untuk menyerap haba. Kemudian, air panas mengalir ke radiator dan disejukkan oleh aliran udara melalui sirip radiator. Air sejuk mengalir kembali ke enjin semula untuk menangkap lebih banyak haba dan kitaran ini berulang secara berterusan.

Harap membantu :slight_smile:

Terima kasih kerana telah membantu saya dalam fizik