Kimia keseimbangan redoks

adakah tindak balas berikut tindak balas redoks @ bukan
i) Zn (p)+2HCl(ak) \rightarrow ZnCl_2(ak)+H_2(g)
ii) 2NaCl(ak) +Pb(NO_3)_2(ak) \rightarrow PbCl_2(p)+2NaNO_3(ak)
iii) Cl_2(ak)+2KI(ak) \rightarrow I_2(ak)+2KI(ak)
iv) Zn(p)+CuSO_4(ak) \rightarrow ZnSO_4(ak)+Cu(p)
v) 2Fe(p)+O_2(g) \rightarrow 2FeO(p)

Jawapan

Hai Farag,
soalan (i) adalah redoks kerana
nombor pengoksidaan zink pada mula-mulanya ialah 0,
akhirnya jadi 2 dalam Zn^{2+}
(nombor pengoksidaan meningkat, zink mengalami oksidasi)
nombor pengoksidaan ion hidrogen, H^+ pada mula-mulanya ialah +1,
akhirnya jadi 0 dalam H_2
(nombor pengoksidaan menurun, ion hidrogen mengalami reduksi)

soalan (ii) bukan redoks kerana
Nombor pengoksidaan semua elemen tetap sama.

soalan (iii) adalah redoks kerana
nombor pengoksidaan klorin ialah 0,
akhirnya jadi -1 dalam Cl^-
(nombor pengoksidaan menurun, klorin mengalami reduksi)
nombor pengoksidaan ion iodida ialah -1 dalam I^-,
akhirnya jadi 0 dalam I_2
(nombor pengoksidaan meningkat, ion iodida mengalami oksidasi)

soalan (iv) adalah redoks kerana
nombor pengoksidaan zink ialah 0,
akhirnya jadi +2 dalam Zn^{2+}
(nombor pengoksidaan meningkat, zink mengalami oksidasi)
nombor pengoksidaan ion kuprum ialah +2 dalam Cu^{2+},
akhirnya jadi 0 dalam Cu
(nombor pengoksidaan menurun, ion kuprum mengalami reduksi)

soalan (v) adalah redoks kerana
nombor pengoksidaan ferum ialah 0,
akhirnya jadi +2 dalam Fe^{2+}
(nombor pengoksidaan meningkat, ferum mengalami oksidasi)
nombor pengoksidaan oksigen ialah 0 dalam O_2,
akhirnya jadi -2 dalam O^{2-}
(nombor pengoksidaan menurun, oksigen mengalami reduksi)

Harap membantu! :slight_smile:

terima kasih kerana telah membantu saya

1 Like