Sejarah tingkatan 5 kssm bab 1

1 Like

Mempunyai Pemerintahan

Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. Pemerintahan ini dijalankan secara teratur. Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.

Mempunyai Sempadan

Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara. Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran, iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa, khasnya PBB. Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara kita.

Mempunyai Perundangan

Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara. Sistem perundangan penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat. Asas kepada sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan, Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita.

Mempunyai Rakyat

Rakyat merupakan penduduk. di sesebuah negara. Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. agama dan adat resam. Mereka disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama.

terima kasih kerana telah menolong saya