- maklumat menunjukkan tindak balas kimia bagi logam kalium.
Apabila sekeping kalium diletakkan di dalam air, ia boleh terbakar dengan nyalaan ungu dan menghasilkan bunyi ‘pop’ untuk menghasilkan gas hidrogen dan larutan kalium hidroksida.
C) tuliskan persamaan kimia Bagi tindak balas yang berlaku.
D) tafsirkan persamaan kimia dalam c).
Hi Farag😃
(c)
Logam Kumpulan 1 + Air → Alkali + Gas hidrogen
Gas tidak berwarna dilepaskan sekitar logam alkali semasa ia bertindak. Gas ini menghasilkan letupan “pop” apabila kayu uji menyala dimasukkan dalam tabung uji yang diisi oleh gas ini.
Kesimpulan: Gas tidak berwarna itu ialah gas hidrogen.
d) kita boleh mentafsir persamaan kimia secara kualitatif dan kuantitatif
Kualitatif : Bahan tindak balas + Hasil tindak balas.
Kuantitatif: Bilangan mol setiap bahan yang mengambil bahagian dalam tindak balas dan bilangan mol hasil tindak balas.
Persamaan Kimia : 2K + 2H2O → 2KOH + H2
Kualitatif:
Bahan tindak balas ialah kalium,K dan air, H2O dan hasil tindak balas ialah kalium hidroksida dan gas hidrogen
Kuantitatif:
2 mol kalium bertindak balas dengan 2 mol air untuk menghasilkan 2 mol kalium hidroksida dan 1 mol gas hidrogen.
Terima kasih kerana telah membantu saya