[SPM Chemistry Redox] Kimia redoks tingkatan 5

hitung nombor pengoksidaan
AgNO3(ak)+NaCl(ak) → AgCl(ak)+NaNO3(ak)

Hai Farag,
Tindak balas ini bukan redoks, adakah soalan ini lengkap? Atau adakah soalan ini tanya hitung nombor pengoksidaan bagi elemen yang spesifik? (Contoh: hitung nombor pengoksidaan Ag / Na dan sebagainya)

Nombor pengoksidaan argentum tidak berubah, iaitu tetap +1 dalam \mathrm{Ag^+} di \mathrm{AgNO_3} (sebelum tindak balas) ataupun \mathrm{AgC}l (selepas tindak balas)
Nombor pengoksidaan natrium tidak berubah, iaitu tetap +1 dalam \mathrm{Na^+} di \mathrm{NaC}l (sebelum tindak balas) ataupun \mathrm{NaNO_3} (selepas tindak balas)

Nombor pengoksidaan klorin tidak berubah, iaitu tetap -1 dalam \mathrm{Cl^-} di \mathrm{NaC}l (sebelum tindak balas) ataupun \mathrm{AgC}l (selepas tindak balas)
Sama dengan ion nitrat, \mathrm{NO_3^{-}} yang nombor pengoksidaannya tetap -1 sebelum dan selepas tindak balas.

saya rasa soalan tanya hitung nombor pengoksidaan bagi elemen yang spesifik rasanya. terima kasih telah membantu saya

1 Like