[SPM Mathematics Equation of Straight Line] Matematik tingkatan 3

Soalan

7 Dalam Rajah 5, PQRS ialah sebuah trapezium dan O ialah asalan. Garis lurus PQ adalah selari dengan garis lurus SR dan garis lurus PS adalah selari dengan paksi-y.
In Diagram 5, PQRS is a trapezium and O is an origin. Straight line PQ is parallel to straight line SR and straight line PS is parallel to y-axis.

image

Cari
Find
(a) persamaan garis lurus P S,
the equation of the straight line P S,

(b) persamaan garis lurus R S.
the equation of the straight line R S,

Jawapan

Hai Farag,
Untuk soalan (a), garisan lurus PS adalah selari dengan paksi-y, maksudnya garisan lurus PS tidak akan bersilang dengan paksi-y jika dipanjangkan.
Paksi-y boleh dikatakan mempunyai persamaan x=0, kerana semua titik yang terletak pada paksi-y mempunyai nilai 0 bagi x-koordinat.

Jadi, garisan PS yang selari dengan paksi-y mesti mempunyai koordinat-x yang sama bagi semua titik yang terletak pada garisan itu. Oleh sebab koordinat-x bagi titik P ialah -2, maka titik S mesti mempunyai koordinat-x yang sama, iaitu -2. Dengan itu, persamaan garis lurus PS adalah x=-2.

Untuk soalan (b) pula, petunjuk dalam soalan ialah “garis lurus PQ adalah selari dengan garis lurus SR”.
Maksudnya, kecerunan garisan PQ adalah sama dengan kecerunan garisan SR.

Kita guna formula kecerunan, dan simbol m untuk mewakili kecerunan.
image

Kita gantikan koordinat titik Q (4, 6) sebagai koordinat titik pertama, dan koordinat titik P (-2, 4) sebagai koordinat titik kedua.

image

Kita tahu bahawa persamaan garis lurus adalah dalam bentuk
y = mx + c, dan c mewakili pintasan-y garis lurus itu.

Kita sudah cari m, sekarang kita perlu cari c. Kita gantikan koordinat titik R dalam persamaan. (Kita tidak boleh gantikan titik P atau Q kerana kita mahu mencari pintasan-y garisan SR dan bukan PQ, kita tidak boleh gantikan titik S juga kerana kita tidak tahu koordinat-y bagi titik S)

Gantikan x=9, y = 1:

image

Akhirnya kita tulis semula persamaan garis lurus dengan menggantikan nilai-nilai yang dicari.

image

Harap membantu! :slight_smile:

Terima kasih telah membantu saya

1 Like