[SPM Mathematics] Matematik tingkatan 4

Soalan

  1. Jadual 5 di bawah merupakan jadual kekerapan wang saku yang masih disimpan oleh 40 orang murid kelas 4 Tabah selepas pada waktu rehat.
    Table 5 below is a frequency table of pocket money that is still kept by 40 pupils of class 4 Tabah after the recess.
    image
    Hitung julat antara kuartil bagi jadual kekerapan di atas.
    Calculate the interquartile range of the above frequency table.
    [4 markah / marks]

Jawapan

Hai Farag,
Untuk soalan ini, “bilangan pelajar” mewakili kekerapan. Sebelum mencari julat antara kuartil, kita perlu mencari kuartil pertama dan kuartil ketiga.

Mengikut kaedah dalam buku teks Matematik Tingkatan 4, mula-mulanya kita cari jumlah kekerapan yang diwakili dengan simbol n, iaitu: 3+5+8+12+9+2+1=40

Kemudian kita tambahkan satu barisan dalam jadual yang merangkumi kekerapan longgokan atau frekuensi kumulatif.

Formula untuk mencari kuartil pertama, Q_1 ialah nilai ke-\frac{n}{4},
iaitu \frac{40}{4}= nilai ke-10.

Merujuk kepada maklumat dalam baris kekerapan longgokan, kita dapat tahu bahawa nilai ke-10 ialah RM4, kerana nilai ke-9 hingga ke-16 ialah RM4.

Perhatikan urutan di bawah: (unit RM tidak ditulis supaya tidak kelihatan rumit)
image

Jadi Q_1= RM4.

Formula bagi kuartil ketiga, Q_3 pula ialah nilai ke- \frac{3n}{4},
iaitu \frac{3}{4} \times 40 = nilai ke-30.

Merujuk kepada maklumat dalam baris kekerapan longgokan sekali lagi, kita dapat tahu bahawa nilai ke-30 ialah RM6, kerana nilai ke-29 hingga ke-36 ialah RM6.
Perhatikan urutan di bawah:

Formula julat antara kuartil ialah: Q_3-Q_1. Gantikan nilai yang telah dicari, iaitu
RM6-RM4 = RM2
Jawapan kita ialah RM2.

Harap membantu :slight_smile:

Terima kasih telah membantu saya

1 Like