[SPM Maths Box Plot] Matematik bab 8

image

Jawapan / Answer

Hai Farag,
Saya rasa soalan in ada masalah kerana bilangan markah dalam jadual adalah 14 sahaja sedangkan soalan kata 15 murid. Mungkin soalan tak lengkap atau 15 adalah kesilapan menaip.

Kita anggap 15 ialah kesilapan menaip:
Untuk menyelesaikan soalan ini terlebih dahulu kita menyusun markah-markah dari terkecil ke terbesar, iaitu
35 , 40 , 42 , 46 , 52 , 52 , 53 , 55 , 62 , 62 , 66 , 69 , 73 , 73
Dalam susunan di atas kita tahu
35 ialah markah terendah
73 ialah markah tertinggi

Untuk cari median, kita gunakan formula =\frac{N+1}{2}, di mana N= bilangan markah atau murid, iaitu 14
\frac{14+1}{2}=\frac{15}{2}=7.5 iaitu kita cari purata markah nombor tujuh dan lapan dalam susanan kita.

Saya tak pasti jika sukatan KSSM ada merangkumi cara ini, jika tidak, jangan pedulikan soalan ini kerana ia pastilah kesilapan menaip.

Kita gunakan kaedah yang sama untuk mencari kuartil bawah (atau kuartil pertama), Q_1 dan kuartil atas (atau kuartil ketiga) Q_3, tetapi kita tidak pedulikan markah nombor 7 dan 8, kita hanya lihat enam markah-markah dalam kumpulan markah terkecil dan enam markah-markah dalam kumpulan markah terbesar.

Akhirnya kita menggunakan nilai markah terkecil dan terbesar, nilai kedua-dua kuartil tersebut dan nilai median untuk membina plot kotak.
(1 kotak mewakili 0.5 markah, skala yang baik kerana plot kotak telah mengambil sebahagian besar dari ruang yang disediakan dan Q_3 kita ialah 67.5)
image

Harap membantu :slight_smile:

terima kasih telah membantu saya