[SPM Maths Linear Inequality] Ketaksamaan linear

image

Question / Soalan

Pada graf di ruang jawapan, lorek rantau yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan y \geq-4 x+8,2 y \leq x+8 \operatorname{dan} x<2
On the graph in the answer space, shade the region which satisfies the three inequalities y \geq-4 x+8,2 y \leq x+8 and x<2
[3 markah / marks]

Answer / Jawapan

Hai Farag,
Untuk menyelesaikan soalan ini, kita lihat secara berasingan dulu, biasanya ketaksamaan yang terdapat simbol \geq dan y berada di kiri simbol serta ungkapan dalam sebutan x berada di kanan simbol tersebut kita lorek di atas garisan (seperti dalam gambar di mana kawasan dilorekkan dengan warna kuning)

Untuk ketaksamaan yang terdapat simbol \leq dan y berada di kiri simbol serta ungkapan dalam sebutan x berada di kanan simbol tersebut, kita lorek di bawah garisan, seperti kawasan yang diwarnakan dalam merah jambu.

Akhirnya, kita perlu lorekkan x<2 , tapi garisan itu tidak diberikan. Untuk simbol < atau > kita mesti gunakan garisan putus-putus. Garisan putus-putus yang dilukis mestilah tegak dan bersilang dengan garisan y=-4x+8 di paksi x kerana apabila x=2, y=-4(2)+8 =0. Kawasan warna biru memuaskan ketaksamaan x<2 sahaja.

Manakah kawasan yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan? Kawasan itu mestilah ada warna kuning, merah jambu dan biru dalamnya. Jawapannya adalah kawasan yang dilorekkan dengan warna hitam.
image

(Nota: Dalam peperiksaan anda hanya perlu lorekkan kawasan hitam dan lukiskan garisan putus-putus sahaja, untuk peperiksaan saya cadangkan lukis anak panah dan padamkannya selepas mendapat jawapan)
image

Harap dapat membantu :smiley:

terima kasih membantu saya