Seorang pemerhati yang berada pada 5 km dari tempat berlakunya petir dapat melihat cahaya kilat dari petir itu selepas masa 16.7 \mu s. berapakah kelajuan kilat?
A 0.299ms^-1
B 299ms^-1
C 299401ms^-1
D 299401200ms^-1
Hai Farag,
Soalan ini kita haruslah gunakan formula v=\frac{d}{t}
di mana
v = kelajuan
d = jarak
t = masa
Jadi kita gantikan nilai-nilai yang diberikan oleh soalan.
v=\frac{5 \times 10^3}{16.7 \times 10^{-6}}=299401200ms^{-1}
Jawapan kita adalah logik kerana kelajuan cahaya adalah kira-kira 3 \times 10^8 ms^{-1}
Jawapannya D.
Harap membantu
Terima kasih kerana telah membantu saya