Question / Soalan
Latihan:
- Sebuah kereta memecut dari 20 \mathrm{~ms}^{-1} dengan pecutan 2 \mathrm{~ms}^{-2}. Berapa halaju selepas 8 saat? (36ms^{-1})
- Sebuah roket bergerak dari halaju 2000 m s^{-1} ke 6000 m s^{-1} selepas bergerak sejauh 80 \mathrm{~km}. Kira masa yang diambil roket. (20s)
- Seorang atlit berlari dengan halaju maksimum dari kenderaan pegun dalam 3 saat. Jarak dalam 3 saat tersebut ialah 24 \mathrm{~m}. Kira pecutan. (5.3ms ^{-2} )
- Selepas menekan brek, seorang pemandu Berjaya mengurangkan halaju dari 20 \mathrm{~ms}^{-1} kepada 10 \mathrm{~ms}^{-1} dalam jarak 30 \mathrm{~m}. Kira nyahpecutan. (5ms ^{-2} )
Answer / Jawapan
Hai Farag, biasanya untuk menyelesaikan soalan jenis ini kita gunakan empat formula suvat
di mana:
s - anjakan
u - halaju awal
v - halaju akhir
a - pecutan
t - masa gerakan
Persoalannya, bagaimanakah kita nak tahu guna formula apa untuk menyelesaikan soalan? Kita tengok apakah maklumat yang dibagi oleh soalan, sebagai contoh kita lihat soalan pertama:
kereta memecut dari 20ms^{-1}
di sini, adalah 20ms^{-1} halaju awal, u, pecutan a adalah 2ms^{-2} dan
8 saat adalah masa gerakan, t
Soalan kemudian minta anda cari halaju selepas 8 saat, iaitu halaju akhir, v.
Kita perlu gunakan formula yang merangkumi u , a, v dan t, iaitu formula pertama dalam gambar di atas. Kita tidak harus gunakan formula yang lain kerana formula-formula tersebut ada simbol s, dan soalan tidak memberikan maklumat tentang s atau minta carikan nilai s.
Kita hanya perlu gantikan formula dengan nilai yang diberikan oleh soalan untuk carikan nilai v.
Di sini adalah jawapan bagi soalan pertama dan kedua:
Untuk soalan kedua ingat tukarkan km ke m kerana biasanya dalam fizik kita gunakan unit SI.
Untuk soalan ketiga, perhatikan kata kunci dari pegun, yang bermaksud halaju awal adalah 0ms^{-1}.
Soalan empat pula minta carikan nyahpecutan. Jawapan untuk pecutan adalah -5ms^{-1}, untuk carikan nyahpecutan kita hanya perlu gugurkan tanda negatif.
Harap dapat membantu
terima kasih kerana membantu saya