[SPM Physics Impulse] Fizik bab 2 impuls

image

Question / Soalan

  1. Sebuah objek yang sedang bergerak dengan daya 30N telah melanggar sebuah dinding dan berhenti selepas 0.5 \mathrm{~s}.
    a. Kira impuls.
    b. Berapakah perubahan momentum objek tersebut?
  2. Sebuah objek 2 \mathrm{~kg} yang sedang bergerak dengan daya 20N telah melanggar sebuah dinding dan berhenti selepas 0.2 \mathrm{~s}.
    a. Kira impuls.
    b. Berapa halaju objek sebelum ia melanggar dinding tersebut?
  3. Sebuah objek yang sedang bergerak dengan daya 30 \mathrm{~N} telah melanggar sebuah dinding dan berhenti selepas 0.5 \mathrm{~s}. Halaju objek semasa ia melanggar dinding adalah 3 \mathrm{~ms}^{-1}.
    a. Berapakah perubahan momentum objek tersebut?
    b. Berapakah jisim objek?
  4. Sebuah objek 2 \mathrm{~kg} bergerak dengan halaju 5 \mathrm{~ms}^{-1} dan kemudian berhenti dalam 0.5 s selepas melanggar sebuah dinding.
    a. Kira impuls.
    b. Kira daya impuls.

Answer / Jawapan

Hai Farag,
Impuls adalah perubahan dalam momentum, iaitu
Impuls = \triangle \rho = m\triangle v
di mana
m = jisim
\triangle v = perubahan dalam halaju

Kita tahu daya ialah kadar perubahan momentum,
F = ma=m(\frac{v-u}{t}) =\frac{m\triangle v}{t}
dari formula v=u+at -----------> a=\frac{v-u}{t}=\frac{\triangle v}{t}
Impuls=Ft=m\triangle v
di mana
F - daya impuls, iaitu daya yang dikenakan pada objek dalam jangka masa yang pendek
t - masa impak

Untuk soalan 1,
Daya impuls, F = 30N, masa impak, t = 0.5s
Jadi impuls = 30(0.5)=15Ns
Perubahan dalam momentum = impuls = 15Ns atau 15kgms^{-1}

Untuk soalan 2,
Daya impuls, F = 20N, masa impak t = 0.2s, iaitu masa pelanggaran antara objek dengan dinding.
Impuls =Ft=20(0.2)=4Ns
Untuk soalan 2b,
halaju terakhir, v=0 kerana soalan menyebutkan objek berhenti selepas 0.2s. Jadi kita gunakan formula Ft=m\triangle v:
4=m|v-u|
4=2|0-u|
4=2u
u=2ms^{-1}

Memandangkan soalan tidak memberikan maklumat mengenai arah objek ataupun arah daya impulsif, oleh sebab itu saya gunakan m|v-u|=4Ns.

Untuk soalan 3,
3a) Perubahan momentum = impuls = Ft = 30(0.5) = 15Ns
3b) Perubahan momentum = m|v-u|=m|0-3|
3m=15
m=5kg

Soalan 4:
4a) Impuls= perubahan momentum = m|v-u|= 2(0-5)=10Ns
4b) Daya impuls = kadar perubahan momentum = \frac{impuls}{masa \\ impak}=\frac{10}{0.5}=20N

Harap membantu :smiley:

terima kasih kerana telah membantu saya

1 Like