[SPM Physics Inertia] Fizik bab 2 inersia

image

Question / Soalan

Latihan
Yang manakah mempunyai inersia terbesar?
A. Buku Teks Fizik di atas meja
B. Gajah dewasa yang sedang tidur
C. Seekor anak kucing yang sedang berehat
D. Sebatang pen di atas meja

Yang manakah mempunyai inersia terkecil?
A Sekeping kertas di atas meja
B. Gajah dewasa yang sedang tidur
C. Seekor anak kucing sedang berlari
D. Seorang kanak-kanak melompat di atas trampolin

Answer / Jawapan

Hai Farag,
Inersia merujuk kepada kemampuan sesuatu objek untuk melawan perubahan dalam pergerakannnya. Inersia biasanya dikaitkan dengan jisim objek itu. Semakin besar jisim objek itu, maka semakin besar inersianya, iaitu semakin susah untuk menggerakkan objek itu atau menghentikan objek itu.

Oleh itu, jawapan bagi soalan pertama adalah B (kerana jisim gajah adalah terbesar berbanding dengan pilihan yang lain.) Jawapan bagi soalan kedua pula adalah A kerana jisim kertas adalah terkecil berbanding dengan pilihan yang lain.

Harap membantu :slight_smile: