[SPM Physics Light] Fizik bab 6 tingkatan 4 cahaya

Yang manakah jenis siaran elektromagnet dapat dikesan oleh imej kamera haba.
A gelombang radio
B infra merah
C mikrowaves
D sinar x

Hai Farag,
Jawapan untuk soalan ini ialah B. Imej kamera haba adalah seperti dalam gambar di bawah.
image

Objek atau makhluk hidup yang mempunyai haba akan mengeluarkan sinaran infra merah yang tidak dapat dilihat dengan mata. Jadi, kita boleh menggunakan imej kamera haba untuk mengetahui suhu di sesuatu bahagian berdasarkan warna bahagian itu dalam imej. Contohnya, terdapat premis-premis yang menggunakan tekonologi ini untuk imbas suhu badan kita bagi memastikan kita patuh pada SOP.
Harap membantu! :slight_smile:

Terima kasih kerana telah membantu saya