[SPM Physics Weight] Fizik bab 2 berat

image

Question / Soalan

Sebuah kiub mempunyai jisim 5kg di atas Bumi. Pecutan graviti Bumi ialah 9.81ms^{-2}. Pecutan graviti Bulan ialah 1.64ms^{-2}
a. Berapakah berat kiub di atas Bumi?
b. Berapakah jisim kiub di atas Bulan?
c. Berapakah berat kiub di atas Bulan?

Answer / Jawapan

Hai Farag,
Soalan ini berdasarkan pengaplikasian formula W=mg.
di mana:
W - berat (unit N)
m - jisim (unit kg)
g - pecutan graviti (unit ms^{-2})

Jisim, m tidak dipengaruhi oleh pecutan graviti atau kekuatan medan graviti. Jisim anda di atas Bumi, Bulan, Pluto, Neptun, Merkuri atau planet-planet lain tetap sama.

Berat, W pula dipengaruhi oleh pecutan graviti atau kekuatan medan graviti. Berat anda berbeza dengan planet yang anda berada.

a. W=mg = 5(9.81) = 49.05N
b. 5kg
c. W=mg= 5(1.64) = 8.2N

Di sini awak boleh nampak berat sesuatu objek adalah lebih kecil di atas Bulan berbanding dengan di atas Bumi kerana pecutan graviti Bulan adalah lebih kecil berbanding dengan pecutan graviti Bumi.

Harap membantu :smiley:

Terima kasih kerana telah membantu saya